fAizhAnisAh

~A better Muslimah and surveyor wanna be~

Wednesday, July 1, 2009

Mak cik @ Ammatun @ Aunty @ Yi ma

Posted by FilZah ZayaNah

Assalamua'alaikum.

Petang tadi, tetiba, ada seorang wanita menelefon ibuku dengan membawa khabar gembira. Aku dan kakak ke-3 ku, berasa teruja, lalu,mencuri dengar perbualan mereka. Katanya, beliau barusan menemui doktor di hospital di Mukah dan masih lagi di sana. Doktor telah mengesahkan beliau berisi semenjak 6 minggu lalu, dengan kata lain, aku bakal menjadi Mak cik @ Ammatun @ Aunty @ Yi ma...Hihi... Ada sesiapa tau 'beliau' yang kumaksudkan? Kalu tak tau, tak tau la... Mustilah kakak ku! Gongxi ta~~

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah diatas rezeki yang telah Engkau berikan kepada pasangan Along. Hmm, rasa cam terlalu excited, sampai speechless. Macam aku pula yang mengandung.Hihi..

Hmm, lama lagi baru kudapat ketemui 'bakal mama' tersebut. Beliau akan balik ke semenanjung pada bulan Ogos. Kasihan suaminya. Pasti kerisauan akan isterinya di seberang sana. Itulah ujian kehidupan yang mereka harus terima. Seorang di sana, seorang di sini. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya. Sama juga peristiwa 21Jun lalu(insan terpilih sahaja mengetahuinya).

"Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada kakakku sehingga beliau selamat bersalin, dan hari-hari seterusnya..Amiin...Dan kau berkatilah perkahwinan dan kehidupan mereka suami isteri, di dunia dan akhirat.Amin.."

Hmm, lepas ini, tunggu berita dari pasangan Angah pula.hihi..(jangan marah ye, Angah-angahku! Inilah realiti kehidupan berumahtangga.)

Wassalam..