fAizhAnisAh

~A better Muslimah and surveyor wanna be~

Monday, November 8, 2010

Alhamdulillah_5-1-1=3_B.E.S+Legal2

Posted by FilZah ZayaNah

Assalamu'alaikum.

Asykurullah. Asykuru an atimmu nisfu min imtihaani.
I thank Allah as I'm half way of finishing my finals.
Walaupun 2 paper yang baru lepas ni agak T_T , aku patut bersyukur kepada-Nya.
Jika aku lepas dengan jayanya, aku bersyukur dengan nikmat-Nya. Jika aku lepas dengan payahnya, aku tetap bersyukur dengan ujian-Nya.

_First, Building and Engineering Services a.k.a B.E.S_
Yang ni, tak da lah se'best' namanya. ;p (sorry, Ir.)
Exams?
Hmm, I just can say>> Forgive me when I whine, Oh Allah.
So, i dun wanna whine anymore here. Just enuf for me to thank Him for his test.

_Second, Legal Studies for Quantity Surveyors 2_
Yang ni, aku suka tapi, exams tadi, aku tak berapa suka.uhuh?
Tolong! Aku nak sambung amik Legal 3 sem depan. Tak mo main sangkut2 ni. Tolong.
Dah2. Enuf of whining!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

_Ni antara buku2 reference untuk B.E.S. But, still..hm..[say of nothing plz]_

Friday, November 5, 2010

Penangan 1st paper_versi pen+pizza

Posted by FilZah ZayaNah

Assalamu'alaikum.

Dalam kesibukan membuat persiapan untuk finals ni, tup2, pen2 semua habis dakwat. Mungkin angkara 'pecutan terakhir' yang dibuat menjelang finals ni kut.

Da problems is, pen tu bukan sebatang dua yang habis dakwat. Bahkan 'berjema'ah' skali habis. Ish3.. =_="

Maka, dengan gelabahnya saya melangkah ke kiosk untuk beli pen untuk jawab exams keesokan harinya. Beli la 2 batang pen kilometrico.[ni je yang ade kat kiosk tu]

Tu pun, saya tak confident dapat bertahan untuk sepanjang finals ni. Maka, lepas habis je 1st paper, saya terus merayau ke centre untuk mencari stok pen. Maka juga, inilah hasilnya.
[Let da pics talk, okay.]


_Yang berbaris sebelah kanan tu, encik2 yang dah habis dakwat.'sikit' kan?[padahal macam banyak je lagi dakwatnye]. Yang berbaris sebelah kiri tu pula encik2 yang baru dibeli!yeay!. Manakala, encik2 yang di belakang tu[boleh kate as a background la], pen2 sampingan yang masih ber'nyawa' + encik Besta[yang tengah nazak di kala ini. Tak da orang nak sumbang bateri ke?] + encik sizzling + encik kalkulator_


Habis bab stok pen, masuk bab makan2 pulak. Ish3, puasa la weh. =_="

Hmm, ntah macam mana ntah, saya n sorang rumee boleh 'terpesan' pizza petang semalam. Saya terfikir, kenyang ke, berbuka dengan pizza?[w/pun qty pizza yang kami pesan tu banyak as kami guna kupon.] Hmm, last2, saya beli jugak encik sizzling tu sebagai back up.
Okay2, gambar dah tak sabar nak berkata2.


_Gambar ni hanyalah 1/3 dari pizza yang kami order. Agak dahsyat la. Gaya macam dah habis finals. Walhal, baru habis 1st paper. =_=" _

Selongkar_versi pagi_101105

Posted by FilZah ZayaNah

Assalamu'alaikum.

Di dinihari ini, saya nak berkogsi antara beberapa hasil penyelongkaran saya terhadap encik internet ini.
Terimalah...

_SALMONELLA_

Selama ni, aku penah dengar terms salmonella tu as nama orang dalam cerita 'aH-Ha' yang aku pernah tonton dulu2. Part yang telenovella yaang dialih suara(dubbing) ke Bahasa Melayu.
Tup2, malam tadi, tengah jalan2 kat internet ni, terjumpa tentang encik 'Salmonella' yang sebenar.
Nak tau siapa beliau sebenarnya?

Salmonella adalah sejenis bakteria rupanya! What a suprise! Boleh pula amik nama bakteria jadi nama orang? Haish, macam2 dunia ni..

Nak tau lebih lanjut tentang jangkitan si Salmonella ni? Boleh tanya encik Google atau encik Wikipedia


-Inilah cik Salmonella tu_



_TUDUNG ITU ADA EMPAT_
["Syaitan itu kreatif" by GentaRasa]

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?

“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”


_TANGUNGJAWAB SEORANG LELAKI_
[Ingat senang ke jadi perempuan? by KeretaMayat]

Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk syurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Thursday, November 4, 2010

Alhamdulillah_6-1=5_Econs_

Posted by FilZah ZayaNah


Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah, asykuru ‘ala kulluhum.Alhamdulillah.

Alhamdulillah @ Praise be to Allah
@ Syukur.

Itulah perkataan yang selayaknya aku zikirkan saat ini, juga saat-saat sebelum dan selepas ini. Nak tahu kenapa? Aku baru saja melepasi antara saat kritikal untuk sem ini; tahap pertama. Peperiksaan bagi subjek ‘Economics for Quantity Surveyors 1’, yang mana aku sangat susah hati ketika mengulangkaji subjek ini. Aku rasa berat hati nak buat revision[subjek2 lain pun sama sebenarnya ;p]. Tak diketahui puncanya. M.I.A???

[Sudah.Sudah. Tak nak cerita benda sedih]

Ok, back to da point, untuk subjek Econs ni, aku hanya menumpukan perhatian untuk habiskan revision silibus sahaja. Past year exam papers, aku cek sekali imbas je, sampai la waktu exams, aku tak mentelaah pun kertas2 tu. Alhamdulillah, nasib baik ada kawan2 aku yang bertanyakan soalan, jadi, adalah juga beberapa soalan exams tu aku dalami, tuntas menjawab persoalan2 meraka.[Ayatku?] Alhamdulillah. Allah bagi jalan.

To be honest, dalam waktu aku nak habiskan@RE-vise@RE-study kesemua 14 sub-topik tersebut [yang mana terdapat 14 set nota slaid presentasi], aku hanya sempat RE-write 10 topik je. Means, 10 topik je yang aku sempat dalami. Yang baki 4 tu, aku baca sekali imbas dan tawakkal je. Dengan harapan, topik tu tak masuk exams[as berdasarkan survey yang tak berapa dalam tu, aku tak jumpa soalan berkaitan 4 topik terakhir tu.] ;p

Owh..lagi satu topik penting yang aku lupa nak study; Islamic Economy. Fuh..nasib baik tak masuk. ;p

Hm, aku n rumee agak lambat la bertolak dari bilik. Exams mula 9.00 pagi. Nak 8.50 pagi baru kami berjalan menuju ke kulliyyah.[Cari pasal?!Agak la..]

Masuk2, banyak la pula halangan. Nak masuk ikut pintu belakang, exams asst. tu tak bagi masuk. Suruh masuk ikut depan. Okay~~

Nak masuk ikut jalan tengah, ada penghadang pulak..Dugaan2...Sabar2..

Akhirnya, kami dengan beberapa brothers[QS jugak??okay~~], terpakasa la masuk melalui pintu hadapan. Rupa2nya, memang derang buka satu laluan tu je.Huish3...Ok.

Hm, masuk je KAED Gallery, kami pun memulakan operasi mencari tempat duduk berdasarkan seat no. Yang tertera dalam exams slip.

Ok, fine. Satu kerja lagi. Sabar2. Zoom in, zoom in, jumpalah kelompok pelajar QS. Zoom in, zoom in, aku nampak no. yang hampir dengan no. aku. Then, zoom out balik as macam tak nak caya tempat aku katna. Last2 duduk je la. Habis tu nak duduk mana. Redha2. Yang penting, jawab exams! Okay.

_Situasi menjawab exams_

Dimulakan dengan Bismillahirrohmaanirrohim dan do’a.

Macam biasa, aku akan rangka jawapan dalam kertas soalan dulu. Itulah yang aku buat dalam setengah jam sejak mula aku buka kertas soalan.

Lepas tu, dengan kekuatan yang diberikan Allah, aku menulis jawapan dengan agak yakin. Alhamdulillah, hasil usaha+tawakkal+do’a.

Kesimpulannya kat sini, aku just nak menaip yang aku tak berapa habis study [plus, asalnya memang tak minat subjek ni] subjek Econs ni. Tapi hasil tawakkal aku pada kekuasaan-Nya, alhamdulillah, aku dapat menghabiskan hari pertama exams ku dengan agak jaya dan yakinnya.Alhamdulillah..Aku girang! (“,)

Saya kembali!

Posted by FilZah ZayaNah

Saya kembali!

*Desclaimer: Blog ini adalah seperti kata-kata kecil dalam hati saya. Bahasa yang digunakan di sini, mungkin bukan bahasa biasa saya seharian.