fAizhAnisAh

~A better Muslimah and surveyor wanna be~

Friday, November 5, 2010

Selongkar_versi pagi_101105

Posted by FilZah ZayaNah

Assalamu'alaikum.

Di dinihari ini, saya nak berkogsi antara beberapa hasil penyelongkaran saya terhadap encik internet ini.
Terimalah...

_SALMONELLA_

Selama ni, aku penah dengar terms salmonella tu as nama orang dalam cerita 'aH-Ha' yang aku pernah tonton dulu2. Part yang telenovella yaang dialih suara(dubbing) ke Bahasa Melayu.
Tup2, malam tadi, tengah jalan2 kat internet ni, terjumpa tentang encik 'Salmonella' yang sebenar.
Nak tau siapa beliau sebenarnya?

Salmonella adalah sejenis bakteria rupanya! What a suprise! Boleh pula amik nama bakteria jadi nama orang? Haish, macam2 dunia ni..

Nak tau lebih lanjut tentang jangkitan si Salmonella ni? Boleh tanya encik Google atau encik Wikipedia


-Inilah cik Salmonella tu_



_TUDUNG ITU ADA EMPAT_
["Syaitan itu kreatif" by GentaRasa]

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?

“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”


_TANGUNGJAWAB SEORANG LELAKI_
[Ingat senang ke jadi perempuan? by KeretaMayat]

Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk syurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

0 comments:

Post a Comment